Thursday, July 26, 2012

4 Golongan Lelaki Yang Ditarik Masuk Neraka Oleh Wanita







( Jawab dalam saya dulu baru baca entri kat bawah ni ) 

SELAMAT MEMBACA

Apabila tiba hari Akhirat kelak, akan ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita bersamanya. Lelaki tersebut adalah adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah seperti yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Mereka ialah


1. Ayahnya 

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji Al-Quran dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup jikalau hanya dengan hanya memberikan kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik oleh anaknya ke neraka. 

"Duhai lelaki bergelar ayah, bagaimanakah keadaan anak perempuanmu sekarang ? Adakah kau mengajarnya bersolat ? Menutup aurat ? Memberi pengetahuan agama secukupnya ? Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah menjadi bahan bakar neraka Jahannam."


2. Suaminya

Apabila si suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiamkan diri walaupun dia seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia tetap akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka. 

"Duhai lelaki bergelar suami, bagaimanakah keadaan isteri tercintamu sekarang ? Dimanakah dia ? Bagaimanakah akhlaknya ? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana."



3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

"Duhai lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, dan jangan ingat kau terlepas, kau juga akan dipertanggungjawabkan kelak... Jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat dan tidak menutup aurat. "



4. Anak-anak lelakinya 

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran, memfitnah, mengata dan sebagainya. Maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak...  dan nantikan tarikan ibunya ke neraka. 


"Duhai anak-anak lelaki, sayangilah ibumu, nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa, kerana ibu juga insan biasa.. Tak lepas dari melakukan dosa. Selamatkanlah dia dari menjadi 'kayu api; neraka. Jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya. 


Subhanallah, lihatlah betapa hebatnya tarikan wanita, bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga tarikannya begitu hebat. maka kaum lelaki bergelar ayah, suami, abang atau anak harus memainkan peranan mereka. 

Firman Allah SWT
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahli keluargamu  daripada api neraka dimana bahan bakarnya adalah manusia, jin dan batu-batu..."


Rujukan : Himpunan hadis dan doa harian.






Copyright Blog Kotak Cerita © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012-
--> indexs12

No comments:

Post a Comment