Sunday, June 2, 2013

Penampar Filem Pendek "Sebelah Sayap" dari Mat Luthfi

Sahabat pembaca, terima kasih berkunjung ke sini lagi. Nak tanya, pernah tak tonton filem pendek berjudul "Sebelah Sayap (Broken Wings)" karya dan arahan Mat Luthfi di You Tube? Kalau belum tonton, awak boleh klik sini : Sebelah Sayap.

Sebagai salah seorang pelajar yang kini belajar dalam jurusan perfileman (kat mana saya belajar itu lain cerita), pastinya ada sahaja komen yang ingin diutarakan. Saya tak lah tahu sangat pasal filem, bahasa-bahasa filem pun  saya tahu la sikit-sikit. Tapi untuk filem pendek Sebelah Sayap ni, saya lebih tertarik nak bercerita tentang mesej ilmiah terkandung di dalamnya.

Bagai kena penampar ayah saya, memang agak terpukul bila tonton filem pendek ni. Ya, saya selalu luangkan masa untuk tonton video-video karya Mat Luthfi di You Tube. Hebat, sebab tegurannya kena batang hidung sendiri dan mampu buka mata ramai orang. 

Berbalik kepada filem pendek "Sebelah Sayap", tajuknya pun sudah ada makna tersirat. Hanya ada sebelah sayap, mana mungkin mampu terbang tinggi.  Waktu tu kita hanya mampu fikir untuk putus asa, tunggu sahaja di bawah sana dan menanti waktu untuk dibaham binatang buas. Namun kalau punya sokongan dari sekeliling, tak mustahil untuk terbang tinggi dan tinggi lagi. 

Tak mahu ulas panjang, saya yakin kita pasti sependapat. Ayat-ayat yang diutarakan Mat Luthfi seolah buka harapan baru buat kita yang masih merangkak dalam hijrah. 

"Jika agama gagal menawarkan harapan, ia bukan dari Tuhan" - Mat Luthfi

"At least, kalau hang tak dapat pahala sebab berhenti buat dosa, hang dapat pahala cuba berhenti pun jadilah" - Mat Luthfi 

Kita pandai agama, belum tentu kita selalu betul dan tak boleh ditegur, sekurang-kurangnya dengarlah nasihat. Memang kita hidup atas bumi Allah ini dengan satu matlamat, Syurga Allah. Matlamat kita sama, yang membezakan kita cuma amalan masing-masing. Usah menilai, serahkan segalanya pada Allah. Kita tak boleh tersekat dengan satu perkataan "agama", dan tiba-tiba berkuasa melabel orang lain ikut suka hati. Islam indah, ajar berkasih sayang dan bukannya membenci.

Tak semua orang sama, ada orang boleh berubah hanya dengan dengar satu dua ceramah. Kalau orang tu membesar dalam environtment Islamik, orang tu bolehlah kalau nak tarbiyah dia dengan dalil-dalil. Tapi kalau bagi sesetengah orang, didikan agama dalam keluarga sendiri dah kurang. Tiba-tiba kita pergi ceramah agama yang dia sendiri tak pernah rela nak dengar, silap haribulan dia cakap kita gila. 

Pergi usrah, pergi ceramah sana sini, belum tentu kita hebat. Jangan selesa sangat, beri peluang untuk orang lain berubah. Dakwah bukan setakat ceramah, post Islamik kat twitter, facebook, atau blog. Tapi ada banyak lagi cabang dakwah. Kita kena tunjukkan cara. Islam bukan soal "aku lebih baik, kau hina, so aku tak boleh berkawan dengan kau" tapi Islam soal "mari saya tunjukkan jalan terbaik".

Asal kita semua dari Syurga, jadi sepatutnya kita sama tolong menolong untuk kembali ke sana. Kalau asyik jatuhkan semangat orang. Itu salah. Belajar bagi harapan, peluang, cuba dan cuba lagi InsyaAllah berjaya.

Jangan lupa tonton Sebelah Sayap di YouTube!

Keep praying. 
Keep hoping. 
Keep believing. 
Allah has a plan.





Copyright Muslim Writer © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012-
--> indexs12

No comments:

Post a Comment