Thursday, September 19, 2013

Cara Islam : Amalan Baik Untuk Miliki Wajah Berseri

Islam sangat menitikberatkan tentang kebersihan dan kekemasan diri. Jadinya sudah pasti ianya merangkumi hal kecantikan umat Islam sendiri. Cantik yang kita maksudkan disini ialah bukan cantik dengan make up dan memperagakan pelbagai pakaian mahal, tetapi ianya tentang kecantikan dan kebersihan kulit wajah. Setiap dari kita mesti inginkan kulit muka yang bersih, bebas jerawat dan berseri. Kulit muka yang cantik akan menjadikan seseorang individu itu lebih yakin untuk berhadapan dengan seseorang. Kadang-kadang ada yang merungut,

"Kenapa la aku tak dapat kulit muka cantik macam dia?"

Sedangkan ratusan ringgit wang dihabiskan untuk produk-produk kulit yang berjenama dan sangat mahal. Tak kurang rawatan kulit muka di pusat kecantikan wajah berulang kali dilakukan namun hasilnya tetap mengecewakan. Lepastu bila orang lain dengar, orang cakap kita tak bersyukur dengan apa yang ada. Sebenarnya jaga kebersihan muka ni penting, dengan dunia sekarang ni muka memang jadi aset utama. Wajah kita mencerminkan siapa kita. 

"Perempuan je kena jaga kulit, Lelaki tak jaga kulit muka pun takpa" 

NO, Lelaki dan perempuan kedua-duanya harus menjaga kebersihan wajah. 

Harini Asyraf bukan nak jual produk kecantikan, tapi ada sedikit tips dan perkongsian yang boleh diamalkan untuk miliki kulit wajah yang lebih berseri. Sebelum ini Asyraf pun malas nak jaga kulit muka, tapi bila dah besar, baru sedar penting untuk miliki wajah yang bersih. Kalau tak mampu beli produk muka yang mahal, InsyaAllah petua-petua ini dapat membantu. 


PETUA 1

Amalkan membaca "Ya Qawiyyu"
Maksudnya "Wahai Yang Maha Kuat"
Dibaca selepas salam kedua selesai solat.

PETUA 2

Jangan cuci muka dengan "Cleanser" atau sabun pembersih muka pada waktu pagi kerana amalan ini akan menghilangkan seri pada wajah.
Cukuplah dengan air biasa (whuduk). Kalau kulit berminyak selepas bangun dari tidur, boleh guna "serbuk teh" sebagai ganti pencuci muka (Ada Asyraf terangkan kat bawah nanti).

Kita boleh guna Cleanser sebelum tidur (malam hari) untuk rehatkan kulit muka.

PETUA 3

Gunakan 3 jari tengah untuk menggosok muka sewaktu mencuci muka atau sewaktu menyapu "Moisturizer". 

PETUA 4

Berselawat 3 kali dan tiup perlahan ke atas bedak muka setiap kali sebelum berbedak dan diikuti dengan doa. Kalau yang tak pakai bedak, cuma perlu selawat, tiup atas telapak tangan dan usap pada muka diikuti doa.

"Ya Allah serikanlah wajahku, agar yang memandang berasa senang denganku"

PETUA 5

Membaca doa ketika melihat cermin
"Ya Allah sebagaimana Engkau cantikkan wajahku, maka perelokkanlah pekertiku"

PETUA 6

Solat Fardhu 5 waktu dan rajin berwhuduk. Rajin solat, rajin whuduk, Allah anugerahkan cahaya pada wajah. InsyaAllah. Kalau boleh sebelum pakai make up berwhuduk terlebih dahulu.

p/s : kalau whuduk untuk solat fardhu kita buat 5 kali sehari, bermakna sudah 5 kali kita cuci muka kita dalam satu hari. Itu dah lebih dari cukup untuk pastikan kulit muka bersih.

PETUA 7

Lelaki atau perempuan wajib "TUTUP AURAT SEMPURNA". InsyaAllah belajar sayang diri.


PETUA TAMBAHAN : JOM BUAT PENCUCI MUKA SENDIRI!


Selain gunakan produk pencuci muka (cleanser) yang mengandungi bahan kimia. Kita juga boleh hasilkan pencuci muka sendiri yang lebih selamat. Berikut ada beberapa bahan yang biasa Asyraf sendiri guna untuk bersihkan muka tanpa perlu gunakan produk di pasaran. Cara ini lebih selesa, dan Alhamdulillah kulit makin sihat. Tetapi ingat, sebelum mencuba pastikan awak tak membazir. Yang masih sekolah, dapatkan kebenaran mak ayah dulu. Jangan curi buah tomato yang mak simpan dalam peti sejuk pulak yeee..


A. Serbuk Teh yang sudah diguna :

Ini Paling Mudah! Ambil sisa serbuk teh yang sudah diguna, sapukan pada kulit muka dan leher. Gosok pada muka dan leher sebagai pencuci dan scrub. Sel kulit mati yang ada pada muka dan leher akan turut tertanggal. Bilas dengan air bersih.

p/s : Serbuk teh yang belum diguna lagi pula boleh dijadikan mask muka. Basahkan serbuk teh baru yang masih kering dengan air suam. Sapukan ke seluruh wajah dan biarkan selama 20-30 minit atau sehingga air pada serbuk teh tadi kering. Selepas itu gosokkan muka dengan serbuk teh tersebut dan bilas dengan air bersih.

Khasiat : Serbuk teh berfungsi sebagai scrub untuk menghilangkan sel kulit mati pada muka, manakala air teh membantu mengecutkan liang roma terbuka dan jerawat dan parut.

B. Serbuk Kopi Dan Madu

Serbuk kopi yang belum diguna harus digaulkan bersama madu, apabila campuran kopi dan madu sudah sekata, sapukan pada muka, leher, lengan atau pada badan dan boleh dijadikan mask muka. Biarkan selama 20-30 minit dan bilas dengan air bersih. Jerawat hilang dan kulit muka rasa sedikit tegang selepas memakainya. 

p/s : hati-hati nanti baju kotor dengan lelehan kopi yang dicampur madu

C. Tomato dan Bedak Sejuk atau Susu Tepung

1/2 Tomato dihancurkan lalu dicampurkan bersama bedak sejuk atau susu tepung (Saya selalu gunakan susu tepung, tapi guna bedak sejuk pun boleh). Kalau rajin tambahankan satu atau dua sudu madu. Kalau tak ada madu, abaikan. Gaulkan bahan-bahan ini bersama dengan baik kemudian sapu pada kulit muka, biarkan sebagai mask selama 20 hingga 30 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. 

p/s : tiba-tiba rasa macam mengajar memasak pulak yee..

D. Kulit Kayu Manis Untuk Hilangkan Parut Jerawat

Kulit kayu manis perlulah ditumbuk halus terlebih dahulu (kalau Asyraf selalunya asah kulit kayu manis tu pada batu pengasah khas). Petua ini mak dan nenek yang ajarkan. Selepas tumbuk, campurkan serbuk kayu manis tadi dengan sedikit air. Air jangan banyak, lagi pekat acuan, lagi cepat berkesan. Sapukan bancuhan tadi pada kulit muka atau bahagian berparut dan berjerawat. 

p/s : PEDIH! : Hati-hati, sebenarnya kalau pakai bancuhan ini, kulit muka agak pedih masa awal pakai tu. Rasa terbakar je muka dan merah jugak lah. Tapi bila amalkan selalu, betul jerawat mula mengecut dan parut mula pudar. Kalau nak kurangkan pedih, bancuh serbuk tadi dengan bedak sejuk. Kalau tak tahan, dengan rasa pedih tu, cepat cuci dan berhenti pakai. Jangan paksa lah. 
Itu sahaja petua yang ada, sebenarnya banyak lagi, tapi ini antara yang berkesan Asyraf pernah cuba. Eh eh, jangan ketawa, lelaki pun jaga kebersihan muka tau. Tak salah pun. Cuaca dan udara sekarang kurang sihat, jadi bantu kulit kita bernafas. Yang penting mulakan petua-petua tadi dengan Basmallah.



Selamat Mencuba, Terima Kasih.
Copyright Muslim Writer © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012- indexs12
Segala masalah yang dihadapi hasil pembacaan mana-mana entri yang terdapat dalam blog ini adalah dibawah tanggungjawab pihak pembaca sendiri, Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment