Saturday, November 30, 2013

Couple Itu Cinta?

Credit
Bismillahirrahmanirrahim. 

Hai dah jawab salam saya? Kalau sudah anda memang hamba Allah yang Cool lagi Lawa.

Lama sudah saya tak update blog. Bukan tak ada soalan menarik dari pembaca, dan bukan tak ada idea untuk menulis. Cuma agak sibuk minggu ini dengan kunjungan keluarga dan saudara dari Pahang. Apa pun untuk artikel kali ni, sekali lagi saya tertarik dengan hujah-hujah adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang bulatan gembira tentang cintaaaa. Jadi saya terima request artikel kali ini dari seorang abang kita yang tidak mahu namanya disebut di blog melalui Wechat. Terima Kasih sebab bertanya.

Apa pun, artikel saya sebelum ini tentang couple sedikit sebanyak telah mengundang pelbagai pandangan dan luahan rasa dari pihak pembaca kepada saya. Ada yang positif dan ada yang negatif. Tak kurang ramai yang mula mencari tahu latar belakang saya dan keluarga yang kurang baik untuk dipersoalkan. Tak mengapa, tahniah anda memang penyiasat yang hebat. Apa pun saya harap tidaklah dikaitkan tulisan-tulisan dakwah saya selama ini dengan baik buruk peribadi saya dan keluarga. Sungguh saya manusia bukanlah alien atau malaikat untuk suci dari dosa. Maaf andai soalan cepu cemas anda ada yang saya tidak beri jawapan balas di wechat, facebook atau ask.fm. Besar kemungkinan saya tidak selesa dengan 'soalan' anda itu.

Artikel lalu: "Kalau tak couple macam mana nak kenal hati budi dia?"

Credit : Life Tumblr



Baiklah soalan abang yang request artikel di Wechat tu minta saya kupas tentang benda ni...

 "Adakah Couple itu sama ertinya dengan Cinta?"

Kalau anda tanya saya, saya jawab TIDAK.  

"Apakah ada couple sebelum berkahwin?". 

Saya jawab TAK ADA. 

"Apakah ada cinta sebelum berkahwin?". 

Saya jawab ADA. 

"Aek.. apa Asyraf ni, kejap ada, kejap tak ada. Peninglah!"

“Ish macam mana boleh bercinta tapi tak couple?”

Sebelum itu biar saya tanya balik? Cinta dengan couple tu adakah benda yang sama? Nak bercinta, wajib couple aeh? Kiranya kalau tak couple tu, tandanya tak ada cinta la? Gituuuu..?

Patutlah bila saya sebut dalam artikel saya sebelum ni cinta sebelum kahwin tu boleh, orang ramai marah sebab dia kata: “No cinta before nikah” la, “Cinta sebelum nikah haram” la dan sebagainya. Sebab apa? Sebab dia nampak cinta itu sama dengan couple dan sewaktu dengannya.
 
Tapi saya pula nampak couple itu jauh letaknya di barat, dan cinta itu letaknya jauh di bahagian timur. Dua benda yang berlainan. Cinta boleh dijalankan tanpa couple. Couple pun begitulah, kalau orang nak, boleh jalan tanpa cinta. Kan?
 
Apa itu cinta?
 
Ewah, macam Professor Cinta pulak kan? Haha. Dah korang asyik tanya bab couple, bab cinta, tu yang saya jadi macam ni. (tak pa na.. saya cakap Kedah. Haha) 

Macam ni, saya tak mau ambil definisi cinta ini dari kamus dewan bahasa, novel atau mana-mana sumber. Saya buat definisi cinta saya sendiri, dari kefahaman dan pandangan yang saya perhatikan selama ini.
 
Definisi cinta saya mudah. Apa itu cinta? Cinta adalah apabila kita hendak masuk Syurga bersama-sama dengan orang yang kita kata dekat dia "Saya cintakan awak". Benda ni anda boleh apply dengan semua jenis orang. Kekasih kah, isteri kah, anak-anak kah, ibu-bapa kah, adik-beradik kah, sahabat handai, saudara mara, jiran tetangga, dan sebagainya.  Semua orang la pendek kata.
 
Jadi, kalau kita melakukan sesuatu yang mengeluarkan kita dari jalan ke syurga Allah SWT, itu tandanya telah hilang cinta kita kepada orang yang kita kata "saya cintakan awak" tadi. So, setakat ni faham apa tu cinta? Suka saya ingatkan sekarang ni kita discuss bab cinta dalam Islam. Bukan cinta Islamik dalam Novel atau cinta dalam drama TV. Jangan dok pening.
 
Okay sambung balik. Cinta, terkandung di dalamnya makna sayang dan kasih. Jadi saya tidak nampak seseorang yang waras melempar seseorang yang lain ke dalam api, atau bawa orang lain terjun ke gaung bersama dengannya itu, dipanggil seorang Pencinta, seorang Penyayang atau seorang Pengasih.
 
Jadi, kalau couple itu dilarang oleh Allah SWT, zina hati itu dilarang oleh Allah SWT, dan kosnya adalah kemurkaan Allah SWT, boleh mengheret ke neraka Allah SWT, apakah si pengajak kepada perlakuan itu, atau si pelaku kepada perlakuan itu, dinamakan saling kasih mengasihi, sayang menyayangi dan cinta mencintai?
 
Lempar ke dalam api dikatakan sayang? Ah... kalau anda berpendapat demikian, tak mengapalah. Kbye
 
Yang saya kata bercinta sebelum kahwin
 
Cinta itu perasaan. Kita sebenarnya tak tahu bagaimana cinta itu boleh muncul. Lain orang lain cara kemunculannya. Ada yang terjumpa sekali dah ‘tercinta’. Ada yang sebab belajar sama-sama, ‘tercinta’. Ada yang sebab dengar dari kawan-kawan si fulan/si fulanah itu baik, maka ‘jatuh cinta’ dan sebagainya.
 
Pendek kata, jatuh cinta ini bukan boleh kawal. Jadi, macam mana kita boleh letakkan hukum haram kepada sesuatu yang bersifat ‘auto’? Atau bahasanya yang sebenar dalam Islam adalah ‘fitrah’.
 
Islam haramkan seks kah? Tidak. Sebab? Sebab seks adalah fitrah.
 
Islam haramkan kita makan dan minumkah? Tidak. Sebab? Sebab makan minum adalah fitrah.
 
Tetapi apa yang Islam buat? Yang Islam buat adalah Islam lorongkan semua benda itu. Seks adalah dengan perkahwinan. Makan minum adalah makan minum yang halal.
 
Cinta? Saya tidak pernah dengar lagi dalam nas Al-Quran atau Hadith sahih yang menyatakan perasaan cinta itu perlu ada hanya selepas kahwin. Kalau ada, sila tunjuk pada saya. Saya mahu belajar juga.
 
Maka apa yang saya maksudkan dengan ‘cinta sebelum kahwin’ adalah, usaha-usaha kita untuk berkahwin dengan seseorang itu, itu adalah namanya ‘cinta sebelum kahwin’. Saya bukan kata email, sms, call, dating, couple, itu adalah ‘bercinta sebelum kahwin’. Tidak dan tidak sama sekali. Jangan keliru.
 
                Tetapi, kita kembali kepada definisi cinta yang saya nyatakan kat atas tadi.
 
                "Hendak masuk syurga bersamanya."
 
Maka, bercinta sebelum berkahwin dengannya adalah dengan kita mempertingkatkan diri sebelum menerjah ke alam perkahwinan. Itu bercintalah.
 
                Apakah dengan itu kita ‘haram berhubung langsung’?
 
Tidak. Bila sudah bertunang, sudah mendapat pengiktirafan ibu bapa, maka berhubunglah dengan sepatutnya. Ta’aruf. Ziarah. Bincang soal perkahwinan. Merancang. Dan sebagainya. Dan semestinya semua itu, perlu kepada pemerhatian keluarga atau penjaga. Sebab itu, digalakkan waktu pertunangan itu pendek-pendek sahaja, agar tidak berpanjangan pula perkara-perkara yang diberikan kelonggaran ini, dan tidak terlalu teruji pula perhubungan tersebut. ^^
                
Untuk saya, itulah namanya ‘cinta sebelum berkahwin’.
 
                Siapa kata tiada? ^^


 
Mazhab Tawakkal Buta Dalam Cinta.
 
“Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa.”
 
    Pernah dengar ayat macam ini? Heh
 
Ini la yang kita namakan sebagai Mazhab Tawakkal Buta Dalam Cinta.
 
Kenapa saya namakan tawakkal buta? Sebab saya tahu Allah pun tak ajar demikian rupa. ^^
 
      Kalau suka, patutnya bagitahulah (semestinya dengan persediaan. Bukan main bagitau saja. Tengoklah diri tu juga. Kalau main bagitahu saja, itu dah masuk dalam bab Cinta Buta). Sat nak tanya, siapa la pandai-pandai ajar kalau kita bagitahu dekat orang yang kita suka perasaan kita tu nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya ni? Habaq mai. Geram pulak saya dengar fatwa-fatwa rekaan Professor cinta tak berdaftar dalam laman sosial ni. Satgi korang cakap saya pun sama tak berdaftar.  Haha
 
Baiklah. Saya bagi contoh buka laci. Macam mana anda mahu buka laci? Anda berdoa sahaja, atau anda usaha buka laci sambil tawakkal bahawa Allahlah yang bantu anda buka laci itu?
 
Satu lagi. Exam. Macam mana kita mahu cemerlang dalam exam? Berdoa sahaja, luahkan pada Allah bahawa kita tak pandai sahaja, atau kita kena belajar sungguh-sungguh, dan masa exam kena gerakkan otak dan pen untuk jawab exam? Mana satu?
 
   USAHA
 
                Usaha kena ada. Itu sunnatullah. Maka bagaimana di dalam CINTA kita boleh kata:
 
“Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa.” 
Rekaan siapa ini??????
 
Kalau macam itu, saya pun boleh kata, janganlah study. Doa sahaja pada Allah. Allah Maha Tahu Kita Cemerlang Atau Tidak. Bagaimana? Suka?
 
Jadi janganlah ambil fatwa Mazhab Tawakkal Buta ini. Baik dalam exam, mahupun dalam BERCINTA.
 
                Kalau suka, bincanglah dengan ibu bapa. Cakap kat ibu bapa, saya suka dia tu, saya suka dia ni. Preparekanlah diri. Buatlah background check (Macam mana nak buat Background check? sila rujuk artikel lalu saya tentang couple). Kemudian muhasabah kembali ibadah. Kemudian kalau berkeyakinan, sila masuk melamar. Merisik. Dan sebagainya.
 
At least kita pun tahu kalau dia tak suka kita, tak berkenan dengan kita. Boleh cari yang lain.
 
                Kalau pendam sahaja buat apa?
 
                Silap hari bulan dia suka kat kita, sebab main pendam, terlepas.
 
Silap hari bulan dia tak suka kat kita, sebab main pendam, tup-tup dah lama sangat pendam perasaan, syok sangat-sangat, sekali kena tolak. Kecewa. Bertahun dah bazirkan hidup suka dia.
 
                Sebab itu, usaha itu kena ada. Langkah itu perlu diambil.
 
                Tawakkal Buta?
 
                Jangan sekali.
 
Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh torchlight, couple dengan cinta tak sama
 
Credit
Sekarang, saya sentiasa kata pada diri saya, cinta itu mahal, suci, bersih. Jadi, takkan saya nak nodai dengan perkara-perkara yang mengotorkannya(kemurkaan Allah)? Di situ sahaja kita sudah boleh buat garisan membezakan cinta dan couple.
 
        Jadi, tak ada masalah ya kalau bercinta tanpa couple. Masih cinta. Bersih pula.
 
                Cinta sebelum kahwin ada.

"Asyraf dah bercinta sekarang?" Bercinta tu belum, jatuh cinta dulu pernah. Haha. Sekarang malas. Nak belajar. Kbye. Sebarang komen, rasa tidak puas hati, pandangan tambahan mohon tinggalkan dibawah. Besar hati saya jika ada yang sudi tinggalkan pendapat selepas anda membaca. Jangan takut untuk tinggalkan komen. Saya lebih suka ada komunikasi dengan anda. Terima kasih banyak. Maaf kalau ada yang terkurang.

Wallahualam Bissawab



Credit ilmu : Abang Hilal Asyraf

Artikel lalu : "Kalau tak couple macam mana nak kenal hati budi dia?"
 
        

AutoTagged "Copyright Blog Asyraf Khalib © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012 | 2013" : Copyright Malaysia Linked
Segala masalah yang dihadapi hasil pembacaan mana-mana entri yang terdapat dalam blog ini adalah dibawah tanggungjawab pihak pembaca sendiri, Terima Kasih.

Friday, November 22, 2013

Salahkah kami minat Kpop?

Bismillahirrahmanirrahim...

K-POP : "Korean Pop" (Muzik Pop Korea) adalah sejenis muzik yang berasal dari Korea Selatan. Hebatnya K-Pop ini tempiasnya menyebabkan berlaku fenomena hebat disebut Hallyu atau Korean Wave iaitu Gelombang Korea. Negara kita juga salah sebuah negara yang menerima tempias cukup hebat! 

Sebenarnya ramai yang tanya saya tentang K-Pop dan bagaimana pula pandangan dari sudut agama Islam, sebelum ni saya ada menjawab beberapa pertanyaan di Twitter. Alhamdulillah ramai yang berpuas hati. Tapi memandangkan soalan yang sama berulang kali ditanya hingga ke harini. Jadi saya rasa patut dan perlu saya muatkan jawapan penuh saya sebagai artikel blog yang daif ini. Sebelum itu suka saya ingatkan yang saya kurang menyentuh bab hukum atas alasan klise kurangnya ilmu. Dan saya tak minat K-Pop! Heh~ Jadi rajin-rajinkanlah bertanya kepada yang lebih arif. Artikel ini cuma jawapan biasa dari saya.


"Salah ke kami minat K-Pop?"

Minat adalah suatu keadaan dimana seseorang mempunyai perhatian terhadap sesuatu dan disertai keinginan untuk mengetahui dan mempelajari mahupun membuktikan rasa sukanya. 


Pada saya perasaan "minat" itu adalah fitrah setiap dari kita. Setiap orang Allah anugerahkan rasa suka, cinta atau minat dan tidak ada sesiapa yang dapat menghalang perasaan itu melainkan tuan punya tubuh itu sendiri. Pun begitu Allah SWT berikan akal kepada manusia untuk meletakkan rasa minat itu pada tempat yang baik bahkan mengikut syariat agama. Sebab tu sebelum ni dalam artikel saya tentang couple, saya cakap cinta itu fitrah. Tak salah bercinta. Tapi Islam didik kita meletakkan cinta itu pada tempatnya. 

(Artikel : "Kalau tak couple macam mana nak kenal hati budi dia?")

Berbalik pada perbincangan kita, hasil rujukan saya melalui beberapa sumber termasuklah buku dan beberapa ulama-ulama yang begitu arif dengan hukum dalam Islam menyatakan tidak salah minat dengan artis K-Pop dengan syarat anda tidak menjadikan individu tersebut sebagai idola anda. Apa yang jelas dalam istilah idola ini ialah rasa minat itu tidaklah fanatik (taksub) sehinggakan bilik tidur, telefon bimbit, cadar tilam, sarung bantal, malah baju anda pun penuh dengan gambar artis korea tersebut. Kenapa tak boleh?

"Orang Islam tidak akan ambil orang-orang yang lagha (dalam hiburan seperti penyanyi, pelakon, penari) sebagai orang yang sangat dipuja. Yang kita puja ialah Rasulullah SAW." - Ustaz Azhar Idrus

Pun begitu, minat untuk tengok bakat artis Korea dalam menyanyi, berlakon drama dan sebagainya tidaklah menjadi suatu kesalahan adapun ianya menghiburkan anda. Saya pun pernah tengok drama Korea. hebat! Tapi perbuatan itu tidaklah dituntut dalam Islam dan pastikan ada had. Had yang macam mana? Tidak berimaginasi yang melampaui batas sehinggakan ada individu yang jenis setiap suatu hal dalam hidup dikaitkan dengan kpop, baju anda pun nak jadi kpop, rambut pun nak tiru artis kpop, nak cari suami pun yang macam artis kpop. Dalam bilik tidur ada poster artis kpop, nak tidur kena wish goodnight dekat gambar tu dulu, kena cium gambar artis kesayangan anda dulu baru tidur anda lena. Itu anda kena terima hakikat bahawa anda Islam dan agama larang anda begitu. 


"Adakah berdosa pergi konsert K-pop?"

Haram dan dilarang bagi lelaki-lelaki mahupun perempuan-perempuan untuk mengunjungi majlis-majlis maksiat. Apa itu majlis-majlis maksiat? Majlis-majlis maksiat adalah majlis, himpunan atau aktiviti yang boleh merosakkan agama, iman, akhlak, kemuliaan diri dan kesejahteraan induvidu, keluarga, masyarakat, negara dan umat. 

Firman Allah SWT :
وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللَّهِ يُكْفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلَا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُمْ إِنَّ اللَّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا

“Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: Apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam Neraka Jahanam. ”  [an-Nisa’ 4:140]
Al-Qurthubi RH didalam tafsirnya pula menjelaskan :
قوله تعالى : ( فلا تقعدوا معهم حتى يخوضوا في حديث غيره ) أي غير الكفر , ( إنكم إذا مثلهم ) : فدل بهذا على وجوب اجتناب أصحاب المعاصي إذا ظهر منهم منكر ؛ لأن من لم يجتنبهم فقد رضي فعلهم ، والرضا بالكفر كفر . قال الله عز وجل : ( إنكم إذا مثلهم ) فكل من جلس في مجلس معصية ، ولم ينكر عليهم يكون معهم في الوزر سواء .

وينبغي أن ينكر عليهم إذا تكلموا بالمعصية وعملوا بها فإن لم يقدر على النكير عليهم فينبغي أن يقوم عنهم حتى لا يكون من أهل هذه الآية

“Firman Allah swt : (فَلَا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِه - maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain”) – bermaksud bercakap selain dari kufr; (ْإِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُم – “kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka.” – Ini menunjukkan bahawa adalah wajib mengelakkan/menjauhi mereka yang melibatkan diri dengan dosa jika mereka terang-terangan melakukan mungkar! Kerana sesungguh sesiapa yang tidak menjauhinya sebenarnya meredhakan perbuatan mereka, REDHA dengan KUFUR itu sendiri adalah KUFUR. Allah swt berkata (إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُمْ – “kerana sesungguhnya, tentulah kamu sama seperti mereka.”). Maka barangsiapa yang duduk didalam satu majlis dimana dosa dilakukan dan tidak menegahnya, maka keatasnya bebanan dosa yang sama seperti mereka.

Maka berdosa bagi kita yang secara sengaja mengunjungi konsert-konsert K-Pop, tengok video-video menari K-pop sebab kebanyakan ulama kategorikan konsert sebegini sebagai majlis maksiat. Kalau kita tengok sendiri memang tiada satu pun konsert K-Pop yang tak ada menari-menari. Tengok pakaian penari mereka pun kita sudah berdarah mata.  Kita yang menyokong terjerit-jerit bagai nak gila. Dan saya rasa semua tahu benda tu salah dan anda tak sepatutnya lakukan itu. Maka segera elakkan dan kembali kepada Allah. Kita tahu comel-comel awek K-pop niiii.. tapi sabar. Comel lagi Bidadari yang Allah sedia kat kita di Syurga nanti.


"Peminat K-Pop selalu kena hina, diorang bagus sangat ke? Allah dah tentukan Syurga ke kat diorang? Tak rasa berdosa ke menghina?"

Amboi soalan, begitu cepu cemas saya membacanya. Apa pun terima kasih bertanya. Sebelum tu mari Istighfar sekejap. Redakan rasa marah dalam hati. 

Baiklah, begini... Saya selalu sangat scroll timeline Twitter dan Facebook. Boleh kata hari-hari ada saja post bergaduh pasal K-Pop. Team anti Kpop bla bla, team itu dan ini. Lagi banyak bergaduh lagi laju saya scroll sebab malas nak tengok. Nak tergelak, terkentut, bermacam terr.. saya rasa. 

Bagi anda yang tak suka K-pop ni pun satu, kena faham istilah tegur, nasihat dan hina itu perkara berbeza. Sungguhpun anda menghina mereka yang minat K-Pop atas niat suci lagi murni anda untuk halang maksiat, halang perkara tak baik dari berterusan. Suka saya ingatkan tak ada satu pun lesen untuk menyokong alasan anda bagi menghina diterima. Setiap hinaan tetap dicatat dan ada dalam buku amalan masing-masing. Kena sedar tu. Tegur dan cubalah nasihat baik-baik. Jelaskan dengan penuh adab kenapa dan mengapa. InsyaAllah, saya tak rasa fans Kpop akan kecil hati dan marah anda sebab mereka pun sayang Islam. Kan kan kan!

Dan bagi anda yang begitu minat dengan Kpop, suka juga saya nasihatkan supaya kurangkan berkongsi gambar artis yang anda minat di laman sosial kerana tiada satu pun manfaat kepada rakan-rakan yang lain malah mengundang rasa kurang selesa pengguna lain. Memang pada dasarnya Twitter dan facebook hak masing-masing, tetapi perlu sedar yang laman sosial tidak didaftarkan untuk anda sendiri. Sebab itu adanya button add friend, follow dan sebagainya untuk menghubungkan anda dengan yang lain. 


Kesimpulan

Apa pun saya tak rasa kita patut meletakkan kesalahan ini 100% kepada peminat artis K-Pop sebab dulu pada awal kemunculan dan kemasukan ke Malaysia tiada siapa pun menegahnya. Dan saya yakin internet tetap akan menyebarkan hiburan dalam masa yang singkat sahaja. Tak kisahlah Kpop atau Bollywood atau Hollywood atau Playwood. Banyak lagi masalah selain dari fanatik K-Pop ni wujud dalam Malaysia. Apa yang pasti kesedaran kita pada tanggungjawab untuk diri dan agama sangat penting. Mak ayah kita pun tak larat nak tegur. Kita kena sedar sendiri lah kan.

Sebenarnya macam ni lah, semua orang ada melakukan kesalahan. Termasuk saya sendiri. Banyak dosa pada Allah Taa'la (Nanges). Jadi saya rasa semuanya berbalik pada diri sendiri. Bagaimana nak selamatkan diri kita sebab dunia pun dah tak larat dah. Sampai masa kita kembali padaNya. Gunakan kesempatan yang ada untuk sebarkan yang baik-baik. Saya melihat usaha dakwah di laman sosial pun bertambah. Alhamdulillah. Tapi masalah kita ada yang suka menghentam sesama sendiri mencari salah orang itu dan orang ini sedangkan aib sendiri tak terjaga lagi. Tak perlulah terus salah menyalahkan. Mari muhasabah, rehat dan pandang diri. 

"Apa-apa yang mendekatkan kita dengan Allah tak best nak buat, dan apa-apa yang menjauhkan kita dari Allah sungguh seronok dan beronok-ronok nak sertai. Melainkan bagi mereka yang beriman kepada Allah Taa'la dan beramal soleh, pasti merasa manisnya untuk terus beribadah."

Saya mohon maaf andai ada salah berkongsi ilmu dan kalau ada melukakan hati sesiapa maafkanlah saya. Sekian dari saya. Sebarang komen, pendapat, rasa tidak puas hati sila tinggalkan di ruangan bawah. 


Wallahualam Bissawab



AutoTagged "Copyright Blog Asyraf Khalib © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012 | 2013" : Copyright Malaysia Linked
Segala masalah yang dihadapi hasil pembacaan mana-mana entri yang terdapat dalam blog ini adalah dibawah tanggungjawab pihak pembaca sendiri, Terima Kasih.

Thursday, November 21, 2013

Mungkin Bukan Doa Kita Yang Makbul Sebenarnya...


Ting... ting... ting... ~
(Ketuk Botol)

Bismillahirrahmanirrahim.

Hai... anda sihat? Alhamdulillah... Artikel kali ni saya nak sembang dengan anda pasal Doa. Sebut je pasal doa, saya teringat satu kisah yang sangat-sangat memberikan kesan dalam kehidupan saya. Dulu cikgu-cikgu saya di sekolah, semenjak sekolah rendah sampai la sekolah menengah, sangat menerapkan doa dan saya rasa anda pun sama. Jadi, kita sudah dibiasakan dengan Solat Hajat, Solat Dhuha, Qiamullail, waktu-waktu doa yang mustajab seperti ketika hujan dan sebagainya agar kita rajin berdoa, dan agar doa kita makbul kan? Jadi, bila Allah anugerahkan kita satu-satu kejayaan, kita sentiasa rasa, itu sebab kita doa dengan bersungguh-sungguh! Namun satu hari saya terbaca sebuah cerita yang dikongsi Abang Hilal Asyraf dan cerita itu mengubah persepsi saya. Harini saya kongsi dengan anda pula.



***
 
Ceritanya begini, ada seorang abang dan seorang adik lelaki. Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba Allah yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.
 
Si abang, saban hari berdoa agar Allah mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada Allah agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia juga meminta kepada Allah agar dirinya kaya raya.
 
Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.
 
Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.
 
Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan Allah, melewat-lewatkan solat, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada Allah. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada Allah tanpa henti. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa!
 
Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hanya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:
 
"Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je Allah makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat."
 
Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna. Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.
 
Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-ngemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas usang penuh debu. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.
 
Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.
 
 
Kertas usang itu tertulis doa ringkas: 

"Ya Allah, makbulkanlah segala doa abang aku"
 
MasyaAllah…
 
Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada Allah dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan Allah SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada Allah, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.
 
Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh Allah SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.
 
 ***


Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang. Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.

"Aku buat beginilah yang jadi begini."

"Doa aku makbul seh!"

"Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. 
Aku minta je pun."

Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur. Astaghfirullah.
 
Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.
 
Sekali lagi saya cakap, cerita itu sangat menyentuh hati saya.
 
Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga. Kita ini banyak dosa. Banyak hijab.
 
Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya.
 
Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita.

Mudahan-mudahan artikel kali ini mengingatkan saya dan rakan pembaca untuk saling mendoakan. Terima kasih sudi luangkan masa disini. Semoga Allah redha dengan tulisan ini.

Saya harap ada yang sudi tinggalkan sebarang komen, pendapat, atau perkongsian tambahan anda di bawah. InsyaAllah saya sentiasa jadikan rujukan. Terima Kasih banyak.

Sekian, Wallahualam Bissawab.




AutoTagged "Copyright Blog Asyraf Khalib © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012 | 2013" : Copyright Malaysia Linked
Segala masalah yang dihadapi hasil pembacaan mana-mana entri yang terdapat dalam blog ini adalah dibawah tanggungjawab pihak pembaca sendiri, Terima Kasih.

Wednesday, November 20, 2013

Anggap hari-hari pun Ramadhan untuk Kita!


Bismillahirrahmanirrahim,

Dah lama Ramadhan berlalu, tapi tiba-tiba kepala otak saya ni ligat berfikir 'kebiasaan' perangai orang kita termasuk saya sendiri dalam bulan Ramadhan. Istimewanya Ramadhan, hinggakan setiap langkah, perbuatan malah percakapan kita dijaga dengan penuh hati-hati. Mungkin kalau kita tak fikir betul-betul. Benda tu semua nampak normal lah kan. Ye lah, nama pun Ramadhan. Kena la jadi baik! Gituuu.. Sampaikan status-status facebook, Twitter kita yang kebiasaannya kurang ilmiah. Penuh pula dengan status-status dakwah. Alhamdulillah!

Tapi semalam sedang saya buat check list diri. Tiba-tiba rasa terpukul sendiri dengan bisikan hati. Hipokritnya aku. Pedih! 

"Eh, time puasa boleh pulak aku jadi baik! Kenapa hari-hari lain tidak?"

Macam ni la, Asyraf bagi contoh situasi. 

Sewaktu Ramadhan



1. "Eh Kiah, kau nak tahu tak? Semalam aku nampak tok imam pergi mengendap rumah janda tua Si Senah tu. Entah apa yang di… Eh, Astaghfirullah. Sekarang bulan puasa lah, bulan puasa tak baik mengumpat. Tak apalah, aku balik dulu. Dah nak berbuka, nasi pun belum ditanak lagi."

2. "Apa adik ni, janganlah sentuh laptop abang. Habis ‘download’ tazkirah Ramadan abang terbatal. Terpaksa abang ‘download’ balik. Nasib bulan puasa. Kalau tak, siaplah…"

3. "Ish, banyak lagi juzuk yang belum dibaca. Kena ekspres sikit ni. Sekarang dah dalam tempoh sepuluh malam terakhir Ramadan!"

4. "Sekarang Bulan Ramadhan, apa pun aku kena tutup aurat baik-baik. Sekali-sekali pakai tudung cantik jugak aku ni kan. hehe"


Selepas Berlalunya Ramadan



1. "Ya Allah Kiah, kau tahu tak semalam aku nampak siapa dengan janda tua tu? Haa, tok imam itulah. Nampak macam anak janda tua tu sakit, mulalah tok imam menggatal nak menolong. Dasar orang tua tak sedar diri.. Menyampah pulak aku tengok"

2. "Itulah, siapa suruh sentuh laptop abang. Berapa kali dah abang cakap, tak nak dengar. Padanlah muka kena penampar dua kali.."

3. "Em, malas pula rasa mengaji hari ni. Baca satu muka surat sehelai sahaja cukuplah. Lagipun dah cover baca banyak-banyak waktu Ramadan kan. Rehatlah pulak.."

4. "Dah puas dah tutup sana sini time Bulan Puasa haritu. Ni dah raya boleh la aku bergaya sakan dengan rambut baru. Rebonding kot. Biar terbeliak anak cik Kiah sebelah rumah tu."


Hebatnya POWER of Ramadan

POWER bukan sebarang power, POWER ada makna di sebaliknya. Sini Asyraf bebel. Harap sangat anda tak bosan. Haha.


P stands for Platform

Apabila tiba sahaja Ramadan, kebiasaannya kata-kata atau ucapan seperti “aku mahu Ramadan kali ini lebih baik” dan “moga Ramadan kali ini lebih terisi dengan ibadah berbanding Ramadan sebelumnya” yang kedengaran. Tiada terdengar ada yang berharap “moga Ramadan pada tahun ini lebih buruk”.

Kerana apa? Kerana Ramadan salah satu platform untuk menjadikan diri seseorang itu ke arah menjadi yang lebih baik. 

A platform to be a better person!

Dan kerana itu saat tiba sahaja Ramadan, kita semua mula mempersiapkan diri bersama senarai what-to-do-in-Ramadan. Tapi apakah [ada bulan yang lain ada? Mungkin ada namun jarang dan kurang kesungguhan. Sila nanges.


O stands for Opportunity

Opportunity bermaksud peluang. Ramadan membuka banyak peluang. Peluang menjadi hamba yang lebih baik dan peluang untuk menambahkan amalan serta meraih segala fadhilat yang tersedia. Andai sebelum ini bukanlah satu kebiasaan solat berjemaah di masjid maka pada bulan Ramadan rajin menjejakkan kaki ke masjid untuk solat terawih. Bukan 8 rakaat malah 20 rakaat. Tambahan, tiada satu hari yang ketinggalan.

Ramadan juga membuka peluang untuk mengajak tadarus Al-Quran bersama-sama. Ramadan membuka peluang meningkatkan lagi status ajakan terhadap kebaikan di Facebook. Ramadan membuka peluang meraih keampunan Allah dengan Lailatul Qadr.


W stand for Wish

Wish membawa maksud keinginan atau harapan. Pada bulan Ramadan ini begitu ramai yang terlihat memasang keinginan dan harapan. Harapan supaya dapat menghabiskan 30 juzuk Al-Quran dengan jayanya. Harapan supaya mulut terjaga daripada umpatan dan cacian. Harapan supaya lebih rajin mendirikan qiamullail.

Seribu satu harapan tertulis di minda.


E stands for Encouragement

Bulan Ramadan bulan galakan dan dorongan. Terasa ada satu semangat baru dalam diri terutama pada saat awal kedatangannya. Semangat begitu berkobar-kobar agar hari-hari yang dilalui dalam bulan ini diisi dengan pengisian yang bermanfaat. Diri terdorong untuk berazam agar hari-hari pada bulan ini penuh dengan ibadah yang terancang.

Galakan dan dorongan untuk melakukan pembaharuan dalam diri terutama.


R stands for Reckon

Reckon membawa maksud menghitung. ‘Self-reckoning’ bermakna muhasabah diri. Menghisab dan memuhasabahkan diri sendiri. Bulan Ramadan bulan yang sesuai dirasakan untuk lebih merenung kekhilafan dalam diri. Banyak manakah amalan selama ini? Bagaimanakah hubungan dengan Allah? Bagaimanakah pula akhlak terhadap manusia selama ini?

Sejauh mana kita mampu mengawal marah? Sejauh mana kita mampu mendidik hati menjadi seorang yang pemurah memberi dan berkongsi? Sejauh mana percakapan dihalakan kepada perkara-perkara yang positif?

Kerana itu ada yang muhasabah pada bulan Ramadan membawa kepada keputusan untuk istiqamah menutup aurat dengan sempurna walaupun selepas berlalunya Ramadan. Alhamdulillah.

Hebatnya Ramadan mendidik peribadi. Hebatnya Ramadan menghembus semangat dalam diri. Hebatnya Ramadan mampu mengetuk pintu hati insani melakukan pengislahan atau pembaikan terhadap diri. Benarlah Ramadan itu madrasah diri, tarbiyah hati.


Anggap hari-hari pun Ramadhan untuk kita. Bekalan Sepanjang Tahun!

Namun, kita bukan mahu hanya hebat beribadah pada roh bulan Ramadan yang hebat tu saja. Kita mahu membawa tarbiyah dari bulan Ramadan untuk tetap dijadikan bekalan pada bulan-bulan mendatang. Asyraf rasa masalah kita termasuk diri Asyraf sendiri adalah terlalu mengikut kebiasaan! Ya, kebiasaan tu dah kritikal control diri kita. Kalau masuk saja Bulan Ramadhan. Tiba-tiba kita macam Power Rangers tukar pakaian, jadi baik, rajin beribadat, malah akhlak terjaga. Habis Ramadhan, kita terus naik hantu balik. Maklumlah dah terlepas dari ikatan kannn.. Macam tu jugaklah kalau Hari Jumaat. Saiyidul Ayyam iaitu Penghulu Segala Hari. Kemain status facebook kita berubah. Ada tazkirah. Baguslah tu, tapi apa kata mulai harini dan barangkali lepas baca entri ni kita sama-sama ubah diri untuk bawa Roh Ramadhan tu hari-hari. 

Yelah, kita kan Muslim. Muslim yang osem, kachak, lagi comel! Dan rahsia untuk jadi Muslim Osem adalah kita cuba jadi Muslim yang sebenar. Yakin Allah itu selalu ada. 

Jika pada bulan Ramadan sedayanya kita belajar untuk tidak mengumpat maka begitu juga yang akan diusahakan selepas Ramadan.

Jika pada bulan Ramadan sedayanya kita belajar menggagahkan diri untuk bangun malam maka begitu juga yang akan diusahakan selepas Ramadan.

Jika pada bulan Ramadan sedayanya kita cuba mengkhatamkan Al-Quran maka begitu juga yang akan diusahakan malah lebih baik lagi bersama tadabbur.

Kita mahu Ramadan hebat begitu maka pada bulan-bulan selepasnya juga begitu. Kita bukan mahu roh ibadah pada bulan Ramadan sahaja tetapi kita juga mahu roh ibadah itu pada bulan-bulan selepasnya. Ibadah, kebaikan, akhlak bukan hanya pada bulan Ramadan tetapi mesti diusahakan terlaksana hari-hari jua. Saya ulang, Muslim Osem! haha. 


Tolong Reset Minda Saya!



Saya sebenarnya cukup terkesan dengan Program Reset Minda oleh Prof. Dr. Muhaya. Saya rasa "Reset Minda" ni sendiri bagus untuk kita buang "kebiasaan" yang saya cakapkan tadi. "Reset" maksudnya "Tetapkan Semula" Kita ubah apa yang biasa jadi luar biasa. Mungkin ada kat sini yang tak pernah sedar kita punya minda dah beku dengan "kebiasaan" harian yang kita buat. Contoh mudah saya bagi, ialah jam tangan. Anda pakai jam tangan tak? Kalau pakai bagus. Mula-mula anda perlu pastikan dulu "kebiasaan" anda memakai jam tangan pada tangan sebelah mana (Kiri atau Kanan).

Baiklah, Jika kebiasaan anda memakai jam tangan pada tangan sebelah kiri. Cuba anda tukar untuk hari ini pakai jam tangan tersebut pada tangan sebelah kanan pula. Dan begitu sebaliknya. Jika kebiasaan hari-hari anda memakai jam tangan pada tangan sebelah kanan, sila tukar dengan memakai jam tersebut pada tangan sebelah kiri. Faham tak? Kalau tak faham ulang baca paragraph ni sampai faham. Hehe.

Cuba lalui sepanjang hari ini dengan jam tangan pada kedudukan yang baru. Kalau selalu pakai tangan kiri tukar tangan kanan. Dan yang pakai tangan kanan tukar tangan kiri. Kemudian, minta ibu, ayah, atau adik atau rakan anda tanya waktu pukul berapa setiap dua jam.

"Asyraf, sekarang pukul berapa?"

Saat ini, anda akan mengangkat tangan yang tidak mempunyai jam untuk melihat waktu pada jam tangan. Tangan tersebut adalah tangan "kebiasaan" anda pakai jam sebelum ini. Bila tengok tak ada jam, barulah kita sedar yang minda kita sudah "terkunci". Jadi apa kata kita reset minda. Sepatutnya kita ubah kebiasaan demi kebiasaan kepada suatu yang lebih baik. 

Penat saya membebel! apa pun, kesimpulan ringkas artikel kali ini, 

"Wahai hamba, bawalah roh Ramadan itu hari-hari. Kerana kita bukan hamba Ramadan tetapi hari-hari kita merupakan hamba Ilahi!"

Walaupun entri ini kelihatan bosan. Namun jauh di sudut hati saya.. (Cewah..) saya rasa dah tiba masa untuk saya dan anda "Anggap hari-hari pun Ramadhan Untuk Kita" InsyaAllah.

Be A Better Muslim.


Eh, takkan baca je? Penat Asyraf bebel. haha. Tinggalkan sebarang pendapat, cadangan atau rasa tidak puas hati anda di bawah untuk rujukan saya.

Sekian. Wallahualam Bissawab.




AutoTagged "Copyright Blog Asyraf Khalib © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012 | 2013" : Copyright Malaysia Linked
Segala masalah yang dihadapi hasil pembacaan mana-mana entri yang terdapat dalam blog ini adalah dibawah tanggungjawab pihak pembaca sendiri, Terima Kasih.

Tuesday, November 19, 2013

Ten Percent!




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



"Kadang-kadang, bila baca blog orang tu kita boleh kenal orang tu."
(Sometimes, you can get to know a person when you read their blogs / writings)
- a friend of mine-



"7 billion people, 14 billion faces."
Currently, i found myself reading quotes that more or less carry the same message....

We are now living in a world where there is literally no barriers. Everyone has access to basically anyone. Undeniably there are those who are able to choose to not be a part of this life, no online stuff, just normal daily stuff; there are also those who couldn't be a part of this life as they don't have any internet access with them (lucky them, huh?); i won't dwell into them, it's just us that i wanted to talk about. Us, ones who are finding ourselves stuck in this way of life.



Everyone now has a part of them that others can have a look into: be it facebook, twitter, instagram, and even blogs. Yes, undeniably we have all chosen to expose a part of our lives to others. Maybe not so much to random public eyes, but it's close enough. We can never really control who sees us and who doesn't. And even if all these online accounts have that setup called 'privacy settings'; let us all be truthful, there will always be random people lurking around who we don't even know.

We all practically do the same thing, exposing our lives to others (be it our friends or strangers); albeit the varying extent of the things we exposed. It ranges from just random thoughts, to pictures of your whereabouts, to political stands, to pouring-out-emotions-of-daily-lives. The extent of what we share with others somewhat reflect the way we think, the way we live. So i guess perhaps that's why many fall into the trap of thinking that they actually knew the person that they are reading about online.

But I think we have forgotten, that somehow everybody chooses what they want to expose. those thoughts, those pictures, they are not that random. those awesome quotes, how long did we spend searching for that inspirational words? those pictures, how many unedited ones were rejected before posting those filtered ones? those candid moments, how long did we ask our friends to actually snap our pictures of our uncandid poses? those delicious-looking food, how difficult was it to really take a picture from an exact 90 degree angle just to make it look scrumptiously delicious? 

We laugh at this now, because we all know that this is the reality behind it. And I've said this before and i will say it again; the worst part of it all is we dont just bluntly believe in all these things that we see online, but we'd also be painting our own version of that person that we are seeing. If they posted good islamic stuff, we all paint them to be this person with haloes on their heads and wings behind their backs. If they posted their awesome poses and stylish clothes, we all paint them to be this rich and famous and awesome people who have no problems in their world, and moan about our own lives. If we see people posting bad stuff, we'd easily paint them to be those club-goers, alcohol-drinking, zina-prone people. It's a dangerous habit we have; to make a judgement of one's life with what they posted online.

When we paint them to be 'nice' people, 
we would never give them a chance to make mistakes. 
And when we paint them to be 'bad' people, 
we would never give them a chance that they might change for the better.

Astaghfirullah.


So my take on all of these, is something that my lovely teacher say; 

"Whatever you guys put out there, it's only 10% of the real you." 
(Zulfa Zakaria, 2010)

And Teacher Zulfa is right.




It is only 10% of the real us. To say that we are able to know someone just by looking at their pictures, and occasionally reading their thoughts, are not enough to say that we know them. To get to know someone is when you discover both their beauties and their flaws. But apparently, nobody wants to show any of their flaws in that 10% now do we? Thus, this 10% can be as beautiful as we want it to be, but the reality is always with the 90% that's left. Because that is where we live, where realities are, where the no-makeup faces are, where the fights are, where the lonely days are, where the sweatshirts and messy hair are, where the sinful acts are, as well as where the real tests of our iman takes place; If we are actually doing the things that we are reminding others of. Scary world, huh? sigh~

And I am definitely no exception in this. All the posts in my facebook, or the things that i write, are only 10% of who i am. Am i always deep in thoughts 24/7? of course not! But i hope that my 10% is a booster for my 90%, whenever i make mistakes, or lose my patience, or felt hopeless; that i will have a part of me to cheer me on. And that perhaps from this 10% of my life, i'll get prayers from those who benefited from them. and most importanly, i hope that my 10% will be a testimony in the Hereafter that i did try doing something that brings us all closer to Allah. Aamiin wa insyaAllah.


So what's your 10% like?
I pray that you make the best out of yours too insyaAllah.
and i end today's post with the best reminder of all;
that Allah SWT knows us 100%, inside and out.


وَأَسِرُّوا قَوْلَكُمْ أَوِ اجْهَرُوا بِهِ إِنَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ
أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ

Dan rahsiakanlah perkataanmu atau lahirkanlah;  
sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala isi hati.
Apakah Allah Yang menciptakan itu tidak mengetahui (yang kamu lahirkan atau rahsiakan);  dan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui?
[67:13-14]

wallahua'lam bissawab.

AutoTagged "Copyright Blog Asyraf Khalib © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012 | 2013" : Copyright Malaysia Linked
Segala masalah yang dihadapi hasil pembacaan mana-mana entri yang terdapat dalam blog ini adalah dibawah tanggungjawab pihak pembaca sendiri, Terima Kasih.