Wednesday, November 20, 2013

Anggap hari-hari pun Ramadhan untuk Kita!


Bismillahirrahmanirrahim,

Dah lama Ramadhan berlalu, tapi tiba-tiba kepala otak saya ni ligat berfikir 'kebiasaan' perangai orang kita termasuk saya sendiri dalam bulan Ramadhan. Istimewanya Ramadhan, hinggakan setiap langkah, perbuatan malah percakapan kita dijaga dengan penuh hati-hati. Mungkin kalau kita tak fikir betul-betul. Benda tu semua nampak normal lah kan. Ye lah, nama pun Ramadhan. Kena la jadi baik! Gituuu.. Sampaikan status-status facebook, Twitter kita yang kebiasaannya kurang ilmiah. Penuh pula dengan status-status dakwah. Alhamdulillah!

Tapi semalam sedang saya buat check list diri. Tiba-tiba rasa terpukul sendiri dengan bisikan hati. Hipokritnya aku. Pedih! 

"Eh, time puasa boleh pulak aku jadi baik! Kenapa hari-hari lain tidak?"

Macam ni la, Asyraf bagi contoh situasi. 

Sewaktu Ramadhan



1. "Eh Kiah, kau nak tahu tak? Semalam aku nampak tok imam pergi mengendap rumah janda tua Si Senah tu. Entah apa yang di… Eh, Astaghfirullah. Sekarang bulan puasa lah, bulan puasa tak baik mengumpat. Tak apalah, aku balik dulu. Dah nak berbuka, nasi pun belum ditanak lagi."

2. "Apa adik ni, janganlah sentuh laptop abang. Habis ‘download’ tazkirah Ramadan abang terbatal. Terpaksa abang ‘download’ balik. Nasib bulan puasa. Kalau tak, siaplah…"

3. "Ish, banyak lagi juzuk yang belum dibaca. Kena ekspres sikit ni. Sekarang dah dalam tempoh sepuluh malam terakhir Ramadan!"

4. "Sekarang Bulan Ramadhan, apa pun aku kena tutup aurat baik-baik. Sekali-sekali pakai tudung cantik jugak aku ni kan. hehe"


Selepas Berlalunya Ramadan



1. "Ya Allah Kiah, kau tahu tak semalam aku nampak siapa dengan janda tua tu? Haa, tok imam itulah. Nampak macam anak janda tua tu sakit, mulalah tok imam menggatal nak menolong. Dasar orang tua tak sedar diri.. Menyampah pulak aku tengok"

2. "Itulah, siapa suruh sentuh laptop abang. Berapa kali dah abang cakap, tak nak dengar. Padanlah muka kena penampar dua kali.."

3. "Em, malas pula rasa mengaji hari ni. Baca satu muka surat sehelai sahaja cukuplah. Lagipun dah cover baca banyak-banyak waktu Ramadan kan. Rehatlah pulak.."

4. "Dah puas dah tutup sana sini time Bulan Puasa haritu. Ni dah raya boleh la aku bergaya sakan dengan rambut baru. Rebonding kot. Biar terbeliak anak cik Kiah sebelah rumah tu."


Hebatnya POWER of Ramadan

POWER bukan sebarang power, POWER ada makna di sebaliknya. Sini Asyraf bebel. Harap sangat anda tak bosan. Haha.


P stands for Platform

Apabila tiba sahaja Ramadan, kebiasaannya kata-kata atau ucapan seperti “aku mahu Ramadan kali ini lebih baik” dan “moga Ramadan kali ini lebih terisi dengan ibadah berbanding Ramadan sebelumnya” yang kedengaran. Tiada terdengar ada yang berharap “moga Ramadan pada tahun ini lebih buruk”.

Kerana apa? Kerana Ramadan salah satu platform untuk menjadikan diri seseorang itu ke arah menjadi yang lebih baik. 

A platform to be a better person!

Dan kerana itu saat tiba sahaja Ramadan, kita semua mula mempersiapkan diri bersama senarai what-to-do-in-Ramadan. Tapi apakah [ada bulan yang lain ada? Mungkin ada namun jarang dan kurang kesungguhan. Sila nanges.


O stands for Opportunity

Opportunity bermaksud peluang. Ramadan membuka banyak peluang. Peluang menjadi hamba yang lebih baik dan peluang untuk menambahkan amalan serta meraih segala fadhilat yang tersedia. Andai sebelum ini bukanlah satu kebiasaan solat berjemaah di masjid maka pada bulan Ramadan rajin menjejakkan kaki ke masjid untuk solat terawih. Bukan 8 rakaat malah 20 rakaat. Tambahan, tiada satu hari yang ketinggalan.

Ramadan juga membuka peluang untuk mengajak tadarus Al-Quran bersama-sama. Ramadan membuka peluang meningkatkan lagi status ajakan terhadap kebaikan di Facebook. Ramadan membuka peluang meraih keampunan Allah dengan Lailatul Qadr.


W stand for Wish

Wish membawa maksud keinginan atau harapan. Pada bulan Ramadan ini begitu ramai yang terlihat memasang keinginan dan harapan. Harapan supaya dapat menghabiskan 30 juzuk Al-Quran dengan jayanya. Harapan supaya mulut terjaga daripada umpatan dan cacian. Harapan supaya lebih rajin mendirikan qiamullail.

Seribu satu harapan tertulis di minda.


E stands for Encouragement

Bulan Ramadan bulan galakan dan dorongan. Terasa ada satu semangat baru dalam diri terutama pada saat awal kedatangannya. Semangat begitu berkobar-kobar agar hari-hari yang dilalui dalam bulan ini diisi dengan pengisian yang bermanfaat. Diri terdorong untuk berazam agar hari-hari pada bulan ini penuh dengan ibadah yang terancang.

Galakan dan dorongan untuk melakukan pembaharuan dalam diri terutama.


R stands for Reckon

Reckon membawa maksud menghitung. ‘Self-reckoning’ bermakna muhasabah diri. Menghisab dan memuhasabahkan diri sendiri. Bulan Ramadan bulan yang sesuai dirasakan untuk lebih merenung kekhilafan dalam diri. Banyak manakah amalan selama ini? Bagaimanakah hubungan dengan Allah? Bagaimanakah pula akhlak terhadap manusia selama ini?

Sejauh mana kita mampu mengawal marah? Sejauh mana kita mampu mendidik hati menjadi seorang yang pemurah memberi dan berkongsi? Sejauh mana percakapan dihalakan kepada perkara-perkara yang positif?

Kerana itu ada yang muhasabah pada bulan Ramadan membawa kepada keputusan untuk istiqamah menutup aurat dengan sempurna walaupun selepas berlalunya Ramadan. Alhamdulillah.

Hebatnya Ramadan mendidik peribadi. Hebatnya Ramadan menghembus semangat dalam diri. Hebatnya Ramadan mampu mengetuk pintu hati insani melakukan pengislahan atau pembaikan terhadap diri. Benarlah Ramadan itu madrasah diri, tarbiyah hati.


Anggap hari-hari pun Ramadhan untuk kita. Bekalan Sepanjang Tahun!

Namun, kita bukan mahu hanya hebat beribadah pada roh bulan Ramadan yang hebat tu saja. Kita mahu membawa tarbiyah dari bulan Ramadan untuk tetap dijadikan bekalan pada bulan-bulan mendatang. Asyraf rasa masalah kita termasuk diri Asyraf sendiri adalah terlalu mengikut kebiasaan! Ya, kebiasaan tu dah kritikal control diri kita. Kalau masuk saja Bulan Ramadhan. Tiba-tiba kita macam Power Rangers tukar pakaian, jadi baik, rajin beribadat, malah akhlak terjaga. Habis Ramadhan, kita terus naik hantu balik. Maklumlah dah terlepas dari ikatan kannn.. Macam tu jugaklah kalau Hari Jumaat. Saiyidul Ayyam iaitu Penghulu Segala Hari. Kemain status facebook kita berubah. Ada tazkirah. Baguslah tu, tapi apa kata mulai harini dan barangkali lepas baca entri ni kita sama-sama ubah diri untuk bawa Roh Ramadhan tu hari-hari. 

Yelah, kita kan Muslim. Muslim yang osem, kachak, lagi comel! Dan rahsia untuk jadi Muslim Osem adalah kita cuba jadi Muslim yang sebenar. Yakin Allah itu selalu ada. 

Jika pada bulan Ramadan sedayanya kita belajar untuk tidak mengumpat maka begitu juga yang akan diusahakan selepas Ramadan.

Jika pada bulan Ramadan sedayanya kita belajar menggagahkan diri untuk bangun malam maka begitu juga yang akan diusahakan selepas Ramadan.

Jika pada bulan Ramadan sedayanya kita cuba mengkhatamkan Al-Quran maka begitu juga yang akan diusahakan malah lebih baik lagi bersama tadabbur.

Kita mahu Ramadan hebat begitu maka pada bulan-bulan selepasnya juga begitu. Kita bukan mahu roh ibadah pada bulan Ramadan sahaja tetapi kita juga mahu roh ibadah itu pada bulan-bulan selepasnya. Ibadah, kebaikan, akhlak bukan hanya pada bulan Ramadan tetapi mesti diusahakan terlaksana hari-hari jua. Saya ulang, Muslim Osem! haha. 


Tolong Reset Minda Saya!



Saya sebenarnya cukup terkesan dengan Program Reset Minda oleh Prof. Dr. Muhaya. Saya rasa "Reset Minda" ni sendiri bagus untuk kita buang "kebiasaan" yang saya cakapkan tadi. "Reset" maksudnya "Tetapkan Semula" Kita ubah apa yang biasa jadi luar biasa. Mungkin ada kat sini yang tak pernah sedar kita punya minda dah beku dengan "kebiasaan" harian yang kita buat. Contoh mudah saya bagi, ialah jam tangan. Anda pakai jam tangan tak? Kalau pakai bagus. Mula-mula anda perlu pastikan dulu "kebiasaan" anda memakai jam tangan pada tangan sebelah mana (Kiri atau Kanan).

Baiklah, Jika kebiasaan anda memakai jam tangan pada tangan sebelah kiri. Cuba anda tukar untuk hari ini pakai jam tangan tersebut pada tangan sebelah kanan pula. Dan begitu sebaliknya. Jika kebiasaan hari-hari anda memakai jam tangan pada tangan sebelah kanan, sila tukar dengan memakai jam tersebut pada tangan sebelah kiri. Faham tak? Kalau tak faham ulang baca paragraph ni sampai faham. Hehe.

Cuba lalui sepanjang hari ini dengan jam tangan pada kedudukan yang baru. Kalau selalu pakai tangan kiri tukar tangan kanan. Dan yang pakai tangan kanan tukar tangan kiri. Kemudian, minta ibu, ayah, atau adik atau rakan anda tanya waktu pukul berapa setiap dua jam.

"Asyraf, sekarang pukul berapa?"

Saat ini, anda akan mengangkat tangan yang tidak mempunyai jam untuk melihat waktu pada jam tangan. Tangan tersebut adalah tangan "kebiasaan" anda pakai jam sebelum ini. Bila tengok tak ada jam, barulah kita sedar yang minda kita sudah "terkunci". Jadi apa kata kita reset minda. Sepatutnya kita ubah kebiasaan demi kebiasaan kepada suatu yang lebih baik. 

Penat saya membebel! apa pun, kesimpulan ringkas artikel kali ini, 

"Wahai hamba, bawalah roh Ramadan itu hari-hari. Kerana kita bukan hamba Ramadan tetapi hari-hari kita merupakan hamba Ilahi!"

Walaupun entri ini kelihatan bosan. Namun jauh di sudut hati saya.. (Cewah..) saya rasa dah tiba masa untuk saya dan anda "Anggap hari-hari pun Ramadhan Untuk Kita" InsyaAllah.

Be A Better Muslim.


Eh, takkan baca je? Penat Asyraf bebel. haha. Tinggalkan sebarang pendapat, cadangan atau rasa tidak puas hati anda di bawah untuk rujukan saya.

Sekian. Wallahualam Bissawab.




AutoTagged "Copyright Blog Asyraf Khalib © All Rights Reserved by Mohammad Asyraf 2012 | 2013" : Copyright Malaysia Linked
Segala masalah yang dihadapi hasil pembacaan mana-mana entri yang terdapat dalam blog ini adalah dibawah tanggungjawab pihak pembaca sendiri, Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment